DATUK LEE CHONG WEI..
>> Ahad, 8 Mac 2009
LUAHAN RASA?...
Sesungguhnya hidup ini memang sukar untuk diramal. Kadang2 orang hanya nampak kelemahan dan kesalahan orang lain tanpa melihat kesalahan diri sendiri. Lebih suka meletakkan kesalahan dibahu orang lain...
Manusia tidak seperti ukiran dibatu. Manusia boleh berubah. Tentang diri ini yang sering diprasangka, biarlah.Andai saja diri ini manusia yang sempurna, tidak mungkin diri ini
melakukan kesilapan..tapi biarlah. Biar masa yang menentukan sekali pun diri ini tidak melaukan sesuatu yang menyalahi..
SMS 1
>> Isnin, 2 Mac 2009
Hari ini sedang aku melayan perasaan sendiri dengan demam selesema yang menyerangku, ditambah lagi duduk seorang2 dalam rumah menambahkan lagi 'kemasalan' diriku..:)..aku menerima sms dari kakak angkat ku yang ku gelar KAK LOVENDAH. Ini smsnya padaku;
PANAS...PISANG PANAS!
>> Ahad, 1 Mac 2009
Bahang pemilihan UMNO di peringkat nasional semakin terasa. Apa tidaknya, dalam 24-28 Mac merupakan tarikh penting bagi persidangan setiap sayap juga induk kebangsaan. Harap2 semuanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan.
Bercakap tentang peralihan kuasa oleh Pak Lah..saya lebih setuju jika Pak Lah melepaskan jawatan Presiden UMNO kepada Najib. Belasahlah dengan jawatan tu. Tapi untuk menyerahkan tampuk kepimpinan sebagai Perdana Menteri Malaysia..rasanya saya tidak berapa setuju. Masih terlalu awal untuk meletakkan beban itu di bahu Najib. Sama ada lebih baik atau lebih buruk jika peralihan kuasa diteruskan, kita semua tiada seorang pun yang tahu.
Justeru..saya berharap agar Pak Lah akan terus menerajui kepimpinan negara.
Untuk Kak Shahaniza, Calon Ketua Puteri UMNO Malaysia...all the best my sis. You're the best for us. We love you.





%5B1%5D.jpg)


