DALAM RINDU KAU TERSENYUM, DALAM PILU KAU SENTUH NADI CINTAKU

BICARA 1

>> Sabtu, 17 Januari 2009

Saya masih ingat ketika sibuk2 kempen keluar masuk cawangan masa pemilihan UMNO Bahagian P.168 Kota Marudu tahun lalu..Dalam seronok terselit juga banyak cabaran. Cabaran yang tiadak semua orang sanggup pikul.Hanya orang yang benar2 ikhlas,jujur dalam perjuangan dan kepimpinan serta orang yang benar2 boleh memimpin saja yang BERANI mengambil risiko tersebut.
Yalah..bukannya ada gaji pun.Kebulur adalah.
Tapi yang paling mengecewakan, kita yang ikhlas sama2 berjuang akhirnya diketepikan oleh mereka yang 'atas2' ni.
Kalah menang adat pertandingan ba..cuma yang membezakan ialah sokongan semua ahli kepada kita..Cubalah cari di mana kesilapan sendiri sebelum menunding jari pada orang lain..ini bila kalah,tiada kerja lain asyik mencari siapa yang mengkhianati dirinya..
Dari mula kempen jelas sangat 'orang ni' tidak ikhlas..kalau memang benar dia ikhlas dia tidak akan kalah..
Orang sebegini memang tidak layak menjadi pemimpin..asyik memperkatakan tentang keaiban dan kekurangan orang lain sedangkan sendiri pun tidak betul...
Wahai 'orang ni'..ingatlah, jangan takbur kerana NO BODY IS PERFECT..jangan ingat diri sendiri sempurna kerana KESEMPURNAAN ITU HANYA PADA TUHAN..
Jangan sampai bila betul2 TERSUNGKUR baru sedar...

Inilah manusia...

Read more...

EMM..MEMANG SUSAH KALAU...

Kemarin petang entah kenapa tekak saya terasa kering..sudah minum berkali2 pun masih juga haus.Terasa nak minum yang sejuk lagi tu..Sudahlah cuaca masih sejuk dan hujan turun.
Jadi saya masuk restoran Izzaty..mau minum laici pink..SEDAP pula rasanya.
Adalah seorang kawan tu duduk sendiri.Macam juga saya.Meja kami bersebelahan saja. Kami borak2 pasal banjir nilah.Cerita punya cerita,rupanya pusat pemindahan bertempat di SMK.Kota Marudu diorang tidak tahu.Patutlah pusat pemindahan itu seakan terabai..
Hairan bin keliru pula saya bila mendengar hal tersebut....'diorang tidak tahu?' kenapa ya?
Agak2 kenapa? Boleh sesiapa tolong huraikan perkara ini?

Susah mau cakap ba pasal ini...

Read more...

BUKA MINDA

>> Jumaat, 16 Januari 2009

MASALAH OH! MASALAH
ISTERI : Bangganya Imah, dah sembilan tahun kita kahwin abang masih simpan gambar Imah dalam wallet abang?
SUAMI : Setiap kali abang ada masalah, abang akan buka 'wallet' dan tengok gambar Imah.
ISTERI : Wah!..terharu sungguh Imah. Jadi,abang dah lihat betapa dominannya Imah dalam hidup abang?
SUAMI : Ya..betul. Setiap kali ada masalah dan lepas tengok gambar Imah,abang akan cakap dalam hati.."mana ada masalah lain yang lebih dahsyat berbanding masalah yang 'satu' ini!"

Read more...

..HIDUP..

>> Rabu, 14 Januari 2009

"HIDUP INI UMPAMA OPERA YANG REALITI DAN NYATA APABILA KITA MELAKUKAN KESALAHAN DI DEPAN TUHAN DAN PENONTONYA"
Aku yang bernaung di bawah telapak-NYA
ANAK RIMBA

Read more...

YONEX-SUNRISE WORLD SUPERseries MASTER FINALS 2008 (LIKAS,SABAH)

>> Ahad, 11 Januari 2009

Sempat jugak aku menengok kejohanan ni.Hantu badminton katakan..

Read more...

DI SINI BERMULA

Hai semua....
Saya orang baru dalam dunia blogger.Harap dapat berkongsi segala pengalaman dan ilmu bersama semua blogger budiman.

Salam Setiakawan Berpanjangan.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Sunset by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP